Jumaat, 30 September 2011

10 gear transmisi auto

GKA rasa mesti korang semua pelik dan hairankan?? Ada ke kereta 10 gear??Tak terlalu banyakkah?? Itu semestinya bermain di fikiran anda bukan...Jika BMW-5 series ada 8 gear ke hadapan sekarang, imagine la kalo ada orang nak buat 10 pulak....Ini betul-betul terjadi, dikatakan pembuat kereta Hyundai sedang mereka transmisi automatik yang mengandungi 10 gear...Yup,10 tuh...More bawah nie



President Hyundai Motor Group yang merupakan syarikat induk untuk Hyundai dan Kia Motor Corp sedang membina gear ini untuk kereta mewah masa hadapan mereka yang akan dikeluarkan pada tahun 2014 mengikut laporan Bloomberg...Ini bermakna ia mungkin termasuklah model seterusnya Hyundai Genesis dan Equus....ZF yang akan di keluarkan pada tahun 2013 mempunyai 9 gear dan ini akan menjadikan Hyundai peneraju jika tiada pembuat kereta lain menyahut cabarannya.

Pembuat kereta pada masa sekarang menggunakan gear sebagai salah satu langkah untuk menjimatkan petrol dan pencemaran dan ini menunjukkan pembuat kereta Korea adalah berada di landasan yang betul dalam membina transmisi mereka sendiri daripada memberlinya daripada pembuat lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan